
Dokumen Untuk Submit Loan Lori
Assalamualaikum semua.
Ramai yang ingat beli lori ni sama je macam beli kereta. Pergi bank, submit dokumen, lulus loan, terus tukar nama sendiri. Eh, tak semudah tu ya! 😆
Lori ni masuk dalam kategori Hire Purchase Commercial Vehicle, bukan macam beli kereta persendirian. Maknanya, lori ni akan didaftarkan atas nama syarikat, bukan individu. Kalau anda tak ada syarikat, kena guna nama syarikat orang lain atau register syarikat dulu.
Jadi, apa dokumen yang anda kena sediakan untuk apply loan lori? Meh kami listkan supaya anda tak pening nanti.
1️⃣ Dokumen untuk Syarikat Enterprise
✅ IC Pengarah (Depan & Belakang) – Wajib bagi salinan.
✅ 6 Bulan Bank Statement – Boleh guna akaun syarikat (current account) atau akaun peribadi, tapi kena ada baki dalam akaun.
✅ SSM MyData Full Set (Terkini) – Syarikat mesti beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
2️⃣ Dokumen untuk Syarikat Sdn Bhd
✅ IC Pengarah (Depan & Belakang) – Salinan diperlukan.
✅ 6 Bulan Bank Statement – Akaun syarikat (current account) sahaja.
✅ SSM MyData Full Set (Terkini) – Syarikat mesti beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
Kenapa Loan Lori Tak Sama Macam Loan Kereta?
Lori bukan kenderaan persendirian, ia dikategorikan sebagai kenderaan komersial di bawah Hire Purchase Commercial Vehicle. Sebab itu, nama pendaftaran lori mestilah di bawah syarikat dan bukan individu.
Kalau anda ada syarikat dan dokumen lengkap, proses loan jadi lebih mudah. Jangan risau, kalau ada soalan, DM je kami. Kami sedia bantu anda dapatkan lori yang sesuai! 🚛💨
Sekian, terima kasih!