Macam mana nak bezakan lori 1 -2 tan atau 3-5 tan?

Macam mana nak bezakan lori 1 -2 tan atau 3-5 tan?

Assalamualaikum semua.

Ramai yang selalu tanya, "Macam mana nak bezakan lori kecil dengan lori yang lebih besar?" Hari ni kami bagi cara paling mudah nak kenal pasti lori 1-2 tan dan lori 3-5 tan. Lepas ni tak ada lagi kes tersalah beli lori, okay? šŸ˜†

1ļøāƒ£ Lori 1-2 Tan (4 Tayar)

  • Bilangan tayar: 4 tayar sahaja (2 depan, 2 belakang)

  • Berat dengan muatan (BDM): 4800kg - 5200kg

  • Kegunaan: Sesuai untuk angkut barang ringan macam parcel, makanan sejuk beku, atau perabot kecil.

  • Contoh model: Isuzu NLR, Hino XZU

Lori ni memang pilihan terbaik kalau bisnes anda banyak bergerak dalam bandar atau perlu hantar barang ke tempat yang sempit. Saiz dia kompak, jimat minyak, dan senang nak parking.

2ļøāƒ£ Lori 3-5 Tan (6 Tayar)

  • Bilangan tayar: 6 tayar (2 depan, 4 belakang)

  • Berat dengan muatan (BDM): 7500kg

  • Kegunaan: Untuk angkut barang lebih berat macam peralatan binaan, mesin, atau bekalan borong.

  • Contoh model: Isuzu NPR PRO, Hino XZC, Isuzu NPR

Kalau anda perlukan lori yang boleh bawa lebih banyak muatan tanpa naik ke kategori lori heavy duty, lori 3-5 tan ni pilihan terbaik. Dengan tambahan tayar belakang, lori ni lebih stabil dan tahan lasak.

Ringkasan Mudah šŸš›:

āœ… 4 tayar = Lori 1-2 tan (BDM 4800kg - 5200kg) ā†’ Lori kecik, angkut barang ringan, senang gerak dalam bandar. āœ… 6 tayar = Lori 3-5 tan (BDM 7500kg) ā†’ Lori lebih besar, bawa barang berat, lebih stabil.

Dah boleh beza kan? Kalau nak beli lori tapi masih blur, PM je kami. Jangan segan-segan, nanti tersalah beli nangis! šŸ˜‚

Sekian, terima kasih! šŸš›šŸ’Ø

Back to blog